Saturday, January 15, 2011

JOM BELI EMAS!!!!

Assalamualaikum...

JOM KITA BELI EMAS KAWAN2....
harga tengah cantik...Jom Beli!!!!
Kalau Nak Beli, Bagitahu, Saya Tolong Belikan...

Thursday, December 30, 2010

LAST CALL!!!!!

PERHATIAN KEPADA PEMBACA YANG BERMINAT 
MENJADI DEALER PUBLIC GOLD, 
ESOK (31/12/2010) ADALAH HARI TERAKHIR
 UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN DAN BERGELAR NORMAL DEALER BAGI TAHUN 2010 & PRIORITY DEALER BAGI TAHUN 2011.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI SAYA DI 019-7147937 ATAU firdaus.mas@gmail.com

Saturday, December 25, 2010

Nak Jual Barang Kemas.....

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Buat pembaca sekalian, sekiranya anda ingin menjual barang kemas anda yang lama (terpakai), taki kira 999 atau 916 atau 830, anda boleh menghubungi saya di talian tertera.

Untuk memberi keadilan kepada bakal penjual, sila cuba dapatkan harga dari kedai emas berhampiran supaya tuan/puan boleh mendapat untung.

Kami sedia membeli emas terpakai tuan/puan 
sama ada bagi yang terdesak atau
 yang ingin membeli barang kemas yang lain....

Thursday, December 23, 2010

Produk Baru Public Gold

Assalamualaikum
Hari ini Public Gold melancarkan produk baru iaitu Jongkong Emas 999.9 250 gram. 
Harga boleh dirujuk pada bahagian harga semasa Public Gold di sebelah kanan blog ini. TQ
Public Gold 999.9 250g

Sunday, December 19, 2010

PELABURAN EMAS!!!

AWAS PEMBACA SEKALIAN!!!!
SILA BERHATI-HATI DENGAN SKIM PELABURAN EMAS!!!!
PASTIKAN ANDA MENDAPAT EMAS ANDA SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN!!!!
BUKAN ORANG LAIN YANG MEMEGANG EMAS ANDA!!!!
PASTIKAN HARGA EMAS YANG ANDA BELI!!!!
RUJUK HARGA DITETAPKAN FGJAM 
(FEDERATION OF GOLDSMITH & JEWELLERS ASSOCIATION OF MALAYSIA)
www.fgjam.org.my
FGJAM MENETAPKAN HARGA PASARAN EMAS UNTUK KEDAI-KEDAI EMAS MALAYSIA
KAMI TAWARKAN HARGA LEBIH MURAH
JANGAN ANDA BELI EMAS LEBIH MAHAL DARI HARGA SEMASA FGJAM

SAYANGI WANG ANDA, TUKARKAN KEPADA EMAS!!!!
JADIKAN IANYA LEBIH BERNILAI!!!!
TETAPI JANGAN TERPERANGKAP DENGAN SKIM PENIPUAN EMAS!!!
YANG BERTOPENGKAN PELABURAN EMAS!!!!

Jongkong & Syiling Emas Yang Dipasarkan Di Malaysia!!!

Assalamualaikum dan selamat tengahari..


Hari ini, jom kita tengok jongkong-jongkong emas yang berada di dalam pasaran Malaysia. Antaranya adalah :
1. Public Fine Gold International Sdn. Bhd.(PG)
    Produk : Jongkong Emas (999.9) - 20g, 50g, 100g & 1kg
                  Syiling Emas (999.9)      - 50g
2. Public Dinar
                  Public Dinar (916)         - 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar   
3. Gold Crest Pavillion (GCP)
    Produk : Dinar Emas (999.9) - 1 Dinar
4. Pamp Suisse & Pamp Suisse Lady Fortuna 
    Dipasarkan di Habib Jewels, Sesetengah Kedai Emas, UOB Bank & GCP
5. Poh Kong - Bunga Raya
    Produk : Jongkong Emas (999.9) - 1g, 5g, 10g. 20g, 50g & 100g
6. Maybank - Kijang Emas
    Produk : Syiling Emas (999.9)      - 7.780g, 15.550g & 31.105g
7. UOB Bank
    Produk : Australlian Nugget, Gold Maple Leaf, Kinebar, Singapore Lion & Pamp Gold
8. Dinar Emas Kelantan
    Produk : Dinar Emas (917)  -  1 Dinar

Ini adalah sebahagian dari senarai produk jongkong emas dan syiling emas yang terdapat di negara kita. Mungkin akan ada lagi beberapa syarikat yang akan mengeluarkan atau beberapa saudagar emas yang akan menjual produk-produk emas keluaran antarabangsa untuk pasaran Malaysia.

Ingat, beli emas yang memiliki spread paling kecil (perbezaan harga we sell & we buy)
Ingat, mana-mana produk pun sama, tapi berat dan ketulinan haruslah diambil kira
Ingat, tukarkan simpanan wang anda kepada emas
mulai sekarang
Ingat Emas, Ingat Firaz's Gold

*****Kami akan mengemaskini stok emas yang ada dan stok baru mungkin akan masuk lagi*****

Dari Utusan Malaysia (16/11/2010)

Emas 'penyelamat' di dunia dan akhirat

DALAM Islam, antara dua ibadat yang sangat dititikberatkan iaitu; solat dan zakat. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. Solat ialah berhubungkait soal peribadi individu itu dengan Allah (hablun minallah) manakala zakat ialah hubungan dengan sesama manusia (hablun minannas).

Topik kewajipan mengeluarkan zakat bukanlah asing bagi setiap daripada kita. Ini diukur menerusi jumlah kutipan zakat setiap tahun yang meningkat dari semasa ke semasa, sekali gus membuktikan kesedaran telah mula ada dalam setiap individu Islam dan syarikat korporat. Apatah lagi kewajipan ini telah ditegaskan dalam surah at-Taubah ayat 103.

Kalau sedekad yang lalu, orang kurang mengetahui tentang kewajipan mengeluarkan zakat daripada pendapatan atau gaji yang diperoleh setiap bulan, tetapi kini dengan promosi agresif agensi-agensi berautoriti berkaitan zakat serta penyediaan pelbagai kaedah pembayaran, telah membolehkan mereka yang layak hanya melaksanakannya di waktu dan tempat tanpa perlu lagi pergi ke kaunter-kaunter pungutan zakat.

Selaras dengan perkembangan ekonomi dan peningkatan jumlah usahawan wanita yang berpotensi menjadi pembayar zakat, Pusat Pengutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengadakan Bengkel Korporat Muslimah 2010 awal November lalu.

Bengkel setengah hari itu, menyentuh topik 'Perspektif Zakat Niaga & Emas' dengan tema Kilauan Firdausi telah membawa tiga pembentang iaitu; Pengurus Kanan Operasi Runcit Habib Jewels, Mohd. Zaruddin Mahmud yang mengupas tajuk 'Pengenalan Emas dan Perkembangannya di Malaysia'.

Panel kedua ialah Pengasas & Pengarah Urusan D'Navechee Beauty (M) Sdn. Bhd., Datuk Azlina Che Abdullah, yang membicarakan tajuk, 'Usahawan dan Perniagaan: Zakat Dilaksanakan' serta pembentang yang tidak perlu diperkenalkan, penceramah bebas dan perunding motivasi, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dengan tajuk, 'Zakat dan Perhiasan'.

Pengurus Besar PPZ-MAIWP, Mohd. Rais Alias dalam ucapan perasmian berkata, wanita dan emas diibaratkan seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan, ia begitu sinonim dengan kaum wanita. Begitu juga wanita dalam sektor perniagaan.
Maka, katanya, tidak hairanlah wanita masa kini dilihat mampu membantu meningkatkan ekonomi negara, khususnya dalam bidang keusahawanan.
Menurut beliau, jika dahulu orang mengatakan tempat wanita layaknya di dapur tetapi kini segalanya sudah berubah. Malah lebih membanggakan wanita mampu bersaing setanding dengan kaum lelaki.
"Namun, keghairahan usahawan wanita dalam meningkatkan ekonomi negara menjadikan mereka lupa bahawa sebenarnya mereka juga perlu menunaikan tanggungjawab berzakat.
"Atas dasar tanggungjawab itulah menyebabkan PPZ-MAIWP terpanggil mengadakan bengkel pagi ini, sekali gus memberi kesedaran kepada usahawan wanita kita," kata Mohd. Rais di hadapan hampir 200 peserta bengkel tersebut.
Sementara itu, dalam kertas kerjanya, Mohd. Zaruddin berkongsi maklumat mengenai perkembangan emas di Malaysia. Katanya, emas telah menjadi sebahagian daripada kaum wanita. Namun, sejak akhir-akhir ini, kaum lelaki juga mula berjinak-jinak dengan logam emas. Bukan untuk dipakai tetapi untuk pelaburan.

"Disebabkan nilai yang ada pada emas itulah maka ia amat berharga. Emas tidak terlalu terpengaruh dengan keadaan inflasi dan deflasi. Maka secara tidak langsung, orang gunakan emas sebagai alternatif menyimpan harta yang ada.
"Selain itu, emas juga menjadi menjadi simbol kekayaan dan kuasa. Emas juga boleh disimpan dalam bentuk nilai walau dalam keadaan ekonomi tidak menentu," katanya.
Terangnya lagi, trend semakin berubah iaitu daripada emas kuning kepada emas putih dan kini yang semakin diminati iaitu Rose Gold (emas yang berwarna ros). Perubahan cita rasa ini dikesan sejak tahun lepas. Pun begitu emas dengan reka corak sauh masih lagi diminati atauevergreen sampai sekarang.
Menyentuh perkembangan emas di Malaysia, sejak kebelakangan ini, ramai masyarakat tidak kira bangsa dan agama berlumba-lumba membeli emas sebagai satu alternatif untuk pelaburan.
"Ketika ekonomi negara merudum iaitu pada tahun 1997 dan 1998 dan dua tahun lepas, harga emas tidak jatuh tapi terus naik. "Meskipun, emas dianggap sebagai penyelamat semasa keadaan ekonomi tidak menentu. Namun, untuk tujuan pelaburan, seseorang itu kena bijak tentang selok-belok pelaburan emas," jelasnya.

Akui Mohd. Zaruddin, satu perkembangan yang sihat berlaku di mana kaum wanita sekarang ini semakin lama semakin bijak. Ini kerana mereka bukan sahaja membeli emas sebagai perhiasan tetapi sebagai pelaburan.
"Bagi saya, kita tidak perlu menunggu sehingga harga emas turun barulah merancang untuk membeli emas tetapi boleh bermula daripada sekarang.
"Malah, kita boleh mulakan dengan menggantikan duit simpanan atau duit hari raya anak-anak dengan membeli barangan kemas mereka.
"Cara ini secara tidak langsung, mendidik anak melabur secara bijak berbanding wang yang diperoleh dibeli telefon bimbit dan sebagainya," ujarnya.

Pada pagi itu juga, jutawan tanah air, Datuk Azlina Che Abdullah berkongsi beberapa rahsia kejayaan yang bermula dengan menjual kuih-muih, kemudian menjadi guru, kerani, setiausaha dan akhirnya, bergelar jutawan.
"Dulu saya memang penggemar emas sehingga pernah diperli oleh suami tetapi apabila saya jatuh tahun 1996, barang kemas itulah yang menjadi modal untuk meneruskan kesinambungan peniagaan.
"Adat orang berniaga, ada ketikanya mengalami naik turun di dalam perniagaan. Tetapi dengan melaksanakan kewajipan berzakat, banyak bersedekah, bersih hati serta ikhlas kerana Allah dalam setiap perbuatan, maka keberkatan rezeki itu memang sukar dinafikan," jelasnya.
Dahulu, kata Azlina, hati beliau selalu berkata, hendak bayar zakat nanti tunggu kaya dahulu. Apabila sudah kaya, masih tidak bayar dengan alasan sibuk.
"Saya tidak salahkan orang lain kerana pada masa itu saya jahil, saya ingatkan dengan membayar zakat sendiri kepada fakir miskin itu sudah mencukupi tetapi lama-kelamaan saya sedar yang selama ini, saya tidak melakukannya secara betul," akui Azlina apabila mula membayar zakat secara betul bermula tahun 2004, rezekinya terus bertambah.
Cerita wanita gigih ini lagi, ibunya seorang ibu tunggal dahulunya adalah seorang penerima zakat. Bermula daripada saat itulah, beliau sentiasa berdoa dan meminta Allah SWT memudahkannya agar dapat menaikkan martabat ibu yang juga tulang belakang mereka anak-beranak.
Salah satu ayat yang sentiasa menjadi pemangkin semangat kepadanya, kata Azlina ialah sepotong ayat daripada surah ar-Rad ayat 11 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib yang ada pada diri mereka sendiri."
Begitu juga dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."