Thursday, November 25, 2010

Ciri-ciri Emas 1

Dalam entri hari ini, secara ringkas kita akan berbincang mengenai emas. Ciri-ciri emas dan ketulenan emas untuk pengetahuan kita bersama.
Emas.. siapa tak suka emas. Lambang kemewahan, kekayaan dunia kepada mereka yang berkemampuan. Apa yang dikatakan sebagai emas?

Secara kimia, emas merupakan suatu unsur di dalam Jadual Perkalaan Unsur (Periodic Table of Elements) dengan simbol Au (Aurum). Emas merupakan logam yang mempunyai beberapa sifat iaitu logam lembut yang berkilat dan berwarna kuning, tumpat dan mulur (mudah ditempa).

Sifat Utama Emas :

  1. Mulur dan mudah ditempa kerana berada pada keadaan tulen. (sifat asas bagi mana-mana logam tulin).
  2. Pengalir haba dan elektrik yang baik.
  3. Tidak mudahdipengaruhi oleh udara dan reagen persekitaran selain sukar terkakis.
Kita akan sambung lagi dalam post akan datang

No comments:

Post a Comment