Thursday, December 30, 2010

LAST CALL!!!!!

PERHATIAN KEPADA PEMBACA YANG BERMINAT 
MENJADI DEALER PUBLIC GOLD, 
ESOK (31/12/2010) ADALAH HARI TERAKHIR
 UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN DAN BERGELAR NORMAL DEALER BAGI TAHUN 2010 & PRIORITY DEALER BAGI TAHUN 2011.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI SAYA DI 019-7147937 ATAU firdaus.mas@gmail.com

Saturday, December 25, 2010

Nak Jual Barang Kemas.....

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Buat pembaca sekalian, sekiranya anda ingin menjual barang kemas anda yang lama (terpakai), taki kira 999 atau 916 atau 830, anda boleh menghubungi saya di talian tertera.

Untuk memberi keadilan kepada bakal penjual, sila cuba dapatkan harga dari kedai emas berhampiran supaya tuan/puan boleh mendapat untung.

Kami sedia membeli emas terpakai tuan/puan 
sama ada bagi yang terdesak atau
 yang ingin membeli barang kemas yang lain....

Thursday, December 23, 2010

Produk Baru Public Gold

Assalamualaikum
Hari ini Public Gold melancarkan produk baru iaitu Jongkong Emas 999.9 250 gram. 
Harga boleh dirujuk pada bahagian harga semasa Public Gold di sebelah kanan blog ini. TQ
Public Gold 999.9 250g

Sunday, December 19, 2010

PELABURAN EMAS!!!

AWAS PEMBACA SEKALIAN!!!!
SILA BERHATI-HATI DENGAN SKIM PELABURAN EMAS!!!!
PASTIKAN ANDA MENDAPAT EMAS ANDA SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN!!!!
BUKAN ORANG LAIN YANG MEMEGANG EMAS ANDA!!!!
PASTIKAN HARGA EMAS YANG ANDA BELI!!!!
RUJUK HARGA DITETAPKAN FGJAM 
(FEDERATION OF GOLDSMITH & JEWELLERS ASSOCIATION OF MALAYSIA)
www.fgjam.org.my
FGJAM MENETAPKAN HARGA PASARAN EMAS UNTUK KEDAI-KEDAI EMAS MALAYSIA
KAMI TAWARKAN HARGA LEBIH MURAH
JANGAN ANDA BELI EMAS LEBIH MAHAL DARI HARGA SEMASA FGJAM

SAYANGI WANG ANDA, TUKARKAN KEPADA EMAS!!!!
JADIKAN IANYA LEBIH BERNILAI!!!!
TETAPI JANGAN TERPERANGKAP DENGAN SKIM PENIPUAN EMAS!!!
YANG BERTOPENGKAN PELABURAN EMAS!!!!

Jongkong & Syiling Emas Yang Dipasarkan Di Malaysia!!!

Assalamualaikum dan selamat tengahari..


Hari ini, jom kita tengok jongkong-jongkong emas yang berada di dalam pasaran Malaysia. Antaranya adalah :
1. Public Fine Gold International Sdn. Bhd.(PG)
    Produk : Jongkong Emas (999.9) - 20g, 50g, 100g & 1kg
                  Syiling Emas (999.9)      - 50g
2. Public Dinar
                  Public Dinar (916)         - 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar   
3. Gold Crest Pavillion (GCP)
    Produk : Dinar Emas (999.9) - 1 Dinar
4. Pamp Suisse & Pamp Suisse Lady Fortuna 
    Dipasarkan di Habib Jewels, Sesetengah Kedai Emas, UOB Bank & GCP
5. Poh Kong - Bunga Raya
    Produk : Jongkong Emas (999.9) - 1g, 5g, 10g. 20g, 50g & 100g
6. Maybank - Kijang Emas
    Produk : Syiling Emas (999.9)      - 7.780g, 15.550g & 31.105g
7. UOB Bank
    Produk : Australlian Nugget, Gold Maple Leaf, Kinebar, Singapore Lion & Pamp Gold
8. Dinar Emas Kelantan
    Produk : Dinar Emas (917)  -  1 Dinar

Ini adalah sebahagian dari senarai produk jongkong emas dan syiling emas yang terdapat di negara kita. Mungkin akan ada lagi beberapa syarikat yang akan mengeluarkan atau beberapa saudagar emas yang akan menjual produk-produk emas keluaran antarabangsa untuk pasaran Malaysia.

Ingat, beli emas yang memiliki spread paling kecil (perbezaan harga we sell & we buy)
Ingat, mana-mana produk pun sama, tapi berat dan ketulinan haruslah diambil kira
Ingat, tukarkan simpanan wang anda kepada emas
mulai sekarang
Ingat Emas, Ingat Firaz's Gold

*****Kami akan mengemaskini stok emas yang ada dan stok baru mungkin akan masuk lagi*****

Dari Utusan Malaysia (16/11/2010)

Emas 'penyelamat' di dunia dan akhirat

DALAM Islam, antara dua ibadat yang sangat dititikberatkan iaitu; solat dan zakat. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. Solat ialah berhubungkait soal peribadi individu itu dengan Allah (hablun minallah) manakala zakat ialah hubungan dengan sesama manusia (hablun minannas).

Topik kewajipan mengeluarkan zakat bukanlah asing bagi setiap daripada kita. Ini diukur menerusi jumlah kutipan zakat setiap tahun yang meningkat dari semasa ke semasa, sekali gus membuktikan kesedaran telah mula ada dalam setiap individu Islam dan syarikat korporat. Apatah lagi kewajipan ini telah ditegaskan dalam surah at-Taubah ayat 103.

Kalau sedekad yang lalu, orang kurang mengetahui tentang kewajipan mengeluarkan zakat daripada pendapatan atau gaji yang diperoleh setiap bulan, tetapi kini dengan promosi agresif agensi-agensi berautoriti berkaitan zakat serta penyediaan pelbagai kaedah pembayaran, telah membolehkan mereka yang layak hanya melaksanakannya di waktu dan tempat tanpa perlu lagi pergi ke kaunter-kaunter pungutan zakat.

Selaras dengan perkembangan ekonomi dan peningkatan jumlah usahawan wanita yang berpotensi menjadi pembayar zakat, Pusat Pengutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengadakan Bengkel Korporat Muslimah 2010 awal November lalu.

Bengkel setengah hari itu, menyentuh topik 'Perspektif Zakat Niaga & Emas' dengan tema Kilauan Firdausi telah membawa tiga pembentang iaitu; Pengurus Kanan Operasi Runcit Habib Jewels, Mohd. Zaruddin Mahmud yang mengupas tajuk 'Pengenalan Emas dan Perkembangannya di Malaysia'.

Panel kedua ialah Pengasas & Pengarah Urusan D'Navechee Beauty (M) Sdn. Bhd., Datuk Azlina Che Abdullah, yang membicarakan tajuk, 'Usahawan dan Perniagaan: Zakat Dilaksanakan' serta pembentang yang tidak perlu diperkenalkan, penceramah bebas dan perunding motivasi, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dengan tajuk, 'Zakat dan Perhiasan'.

Pengurus Besar PPZ-MAIWP, Mohd. Rais Alias dalam ucapan perasmian berkata, wanita dan emas diibaratkan seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan, ia begitu sinonim dengan kaum wanita. Begitu juga wanita dalam sektor perniagaan.
Maka, katanya, tidak hairanlah wanita masa kini dilihat mampu membantu meningkatkan ekonomi negara, khususnya dalam bidang keusahawanan.
Menurut beliau, jika dahulu orang mengatakan tempat wanita layaknya di dapur tetapi kini segalanya sudah berubah. Malah lebih membanggakan wanita mampu bersaing setanding dengan kaum lelaki.
"Namun, keghairahan usahawan wanita dalam meningkatkan ekonomi negara menjadikan mereka lupa bahawa sebenarnya mereka juga perlu menunaikan tanggungjawab berzakat.
"Atas dasar tanggungjawab itulah menyebabkan PPZ-MAIWP terpanggil mengadakan bengkel pagi ini, sekali gus memberi kesedaran kepada usahawan wanita kita," kata Mohd. Rais di hadapan hampir 200 peserta bengkel tersebut.
Sementara itu, dalam kertas kerjanya, Mohd. Zaruddin berkongsi maklumat mengenai perkembangan emas di Malaysia. Katanya, emas telah menjadi sebahagian daripada kaum wanita. Namun, sejak akhir-akhir ini, kaum lelaki juga mula berjinak-jinak dengan logam emas. Bukan untuk dipakai tetapi untuk pelaburan.

"Disebabkan nilai yang ada pada emas itulah maka ia amat berharga. Emas tidak terlalu terpengaruh dengan keadaan inflasi dan deflasi. Maka secara tidak langsung, orang gunakan emas sebagai alternatif menyimpan harta yang ada.
"Selain itu, emas juga menjadi menjadi simbol kekayaan dan kuasa. Emas juga boleh disimpan dalam bentuk nilai walau dalam keadaan ekonomi tidak menentu," katanya.
Terangnya lagi, trend semakin berubah iaitu daripada emas kuning kepada emas putih dan kini yang semakin diminati iaitu Rose Gold (emas yang berwarna ros). Perubahan cita rasa ini dikesan sejak tahun lepas. Pun begitu emas dengan reka corak sauh masih lagi diminati atauevergreen sampai sekarang.
Menyentuh perkembangan emas di Malaysia, sejak kebelakangan ini, ramai masyarakat tidak kira bangsa dan agama berlumba-lumba membeli emas sebagai satu alternatif untuk pelaburan.
"Ketika ekonomi negara merudum iaitu pada tahun 1997 dan 1998 dan dua tahun lepas, harga emas tidak jatuh tapi terus naik. "Meskipun, emas dianggap sebagai penyelamat semasa keadaan ekonomi tidak menentu. Namun, untuk tujuan pelaburan, seseorang itu kena bijak tentang selok-belok pelaburan emas," jelasnya.

Akui Mohd. Zaruddin, satu perkembangan yang sihat berlaku di mana kaum wanita sekarang ini semakin lama semakin bijak. Ini kerana mereka bukan sahaja membeli emas sebagai perhiasan tetapi sebagai pelaburan.
"Bagi saya, kita tidak perlu menunggu sehingga harga emas turun barulah merancang untuk membeli emas tetapi boleh bermula daripada sekarang.
"Malah, kita boleh mulakan dengan menggantikan duit simpanan atau duit hari raya anak-anak dengan membeli barangan kemas mereka.
"Cara ini secara tidak langsung, mendidik anak melabur secara bijak berbanding wang yang diperoleh dibeli telefon bimbit dan sebagainya," ujarnya.

Pada pagi itu juga, jutawan tanah air, Datuk Azlina Che Abdullah berkongsi beberapa rahsia kejayaan yang bermula dengan menjual kuih-muih, kemudian menjadi guru, kerani, setiausaha dan akhirnya, bergelar jutawan.
"Dulu saya memang penggemar emas sehingga pernah diperli oleh suami tetapi apabila saya jatuh tahun 1996, barang kemas itulah yang menjadi modal untuk meneruskan kesinambungan peniagaan.
"Adat orang berniaga, ada ketikanya mengalami naik turun di dalam perniagaan. Tetapi dengan melaksanakan kewajipan berzakat, banyak bersedekah, bersih hati serta ikhlas kerana Allah dalam setiap perbuatan, maka keberkatan rezeki itu memang sukar dinafikan," jelasnya.
Dahulu, kata Azlina, hati beliau selalu berkata, hendak bayar zakat nanti tunggu kaya dahulu. Apabila sudah kaya, masih tidak bayar dengan alasan sibuk.
"Saya tidak salahkan orang lain kerana pada masa itu saya jahil, saya ingatkan dengan membayar zakat sendiri kepada fakir miskin itu sudah mencukupi tetapi lama-kelamaan saya sedar yang selama ini, saya tidak melakukannya secara betul," akui Azlina apabila mula membayar zakat secara betul bermula tahun 2004, rezekinya terus bertambah.
Cerita wanita gigih ini lagi, ibunya seorang ibu tunggal dahulunya adalah seorang penerima zakat. Bermula daripada saat itulah, beliau sentiasa berdoa dan meminta Allah SWT memudahkannya agar dapat menaikkan martabat ibu yang juga tulang belakang mereka anak-beranak.
Salah satu ayat yang sentiasa menjadi pemangkin semangat kepadanya, kata Azlina ialah sepotong ayat daripada surah ar-Rad ayat 11 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib yang ada pada diri mereka sendiri."
Begitu juga dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."

Saturday, December 18, 2010

The U.S. Dollar Will Collapse in 24 Months!!!!!!

The U.S. Dollar Will Collapse in 24 Months

Your Only Hope: Owning Gold and Silver


By Greg McCoach
Friday, December 17th, 2010
Investors have been shuffling currencies around faster than a game of three-card Monte as the true value of world's paper money is being exposed.
But in the end, the only real winners would have walked away from the table long ago, their pockets stuffed with the only currency that really matters: gold.
dec 2010 gold bar small
The consequences of decades of abuse to the system of credit in the United States are coming to a head. And the gray clouds that loom over the skies of the dollar are growing bolder by the day and darker by the minute.
The cold hard fact is I expect the U.S. dollar to ultimately collapse within 24 short months.
This failure will likely push gold prices to over $5,000 an ounce. Meaning that, even at $1,400 an ounce, gold is still dirt cheap.
Every investor should own gold right now as the ultimate store of wealth that will protect hard work and savings.
As the world begins to learn the true nature of the world's funny money, masses of new buyers will come flooding into the gold market. And this surging demand will be the catalyst that launches the price of gold into the stratosphere.
It's pretty simple...
Most investors are unaware, but the gold market is incredibly small.
There have only been about 175,000 tonnes of gold ever mined. That means there is only 0.9 of an ounce of gold for every person on the planet.
That's why they call it precious! Simply owning a single ounce of gold puts you in a much higher global economic class.
When the oceans of fiat money suddenly try to take a part in the gold market, the law of supply and demand will fundamentally force prices much higher.
But don't put all your eggs in the gold basket
While the price of gold will soar and get most of the attention, it's silver that typically outperforms gold, dollar for dollar invested.
In certain instances when gold prices have doubled, the price of silver has outperformed gold by a factor of more than six-to-one!
World Silverdec 2010 small silver
Investment Demand
  • Investment demand for silver has skyrocketed 522% since 2007.
  • World governments are hoarding silver; official sales have plummeted 83% in the past three years.
  • Above-ground silver supplies dropped 86% last year.
  • Industrial demand for silver has increased over the past decade, despite a 236% increase in prices.
The only problem with silver is that it's not as portable as gold.
You can hold $50,000 worth of gold with your two hands cupped in front of you. You could put that gold into your coat pockets and walk down the street without anybody knowing what you are carrying...
On the other hand, $50,000 worth of silver would take a hand truck to move.
Investors should also consider owning silver for the potential use to buy day-to-day items such as bread and prescriptions drugs, preparing for the time the government declares a “bank holiday” as the crisis in the banking sector exacerbates.
During a bank holiday, checks and credit cards will no longer be accepted as payment for goods and services.
For this reason, I also recommend keeping some cash on hand at all times. I'm not recommending stuffing the mattresses; but it's probably smart to keep a few thousand dollars in 1s, 5s, 10s and 20s around the house.
U.S. Silver Eagles would also be very useful in such an event, as they are considered legal tender in the United States and could be used to purchase groceries.
Why lose sleep?
Ownership of gold and silver will become one of the hottest investments on the planet.
The early adopters — those who wisely purchased their positions before the masses come — will sleep well at night while others fret as they watch the purchasing power of their savings evaporate like water in the Sahara.
Good Investing,
Greg McCoach
Editor, Wealth Daily
Investment Director, Mining Speculator and Insider Alert

Manipulasi Emas!!!!

Assalamualaikum dan selamat malam semua..

Hari ini, apabila ada orang yang membeli emas bertanya pada saya, nak buat apa dengan emas ni?...
takkan simpan jer....bukan boleh beranak....

Tapi sebenarnya, emas memang x beranak...hari ni beli 1 kg jongkong emas, esok, lusa, seminggu, sebulan, 6 bulan waima setahun pun emas tu akan tetap 1 kg...xkan jadik 2kg atau 10 kg..

TETAPI, NILAI EMAS ANDA AKAN MAKIN BERTAMBAH KERANA EMAS NI MERUPAKAN 
PELABURAN JANGKA MASA PANJANG

Tetapi, kalau nak tahu sebenarnya pelbagai teknik boleh dilaksanakan untuk memanipulasi simpanan emas anda.

Ini adalah sebahagian dari teknik manipulasi emas :
1. Menjadi sumber pendapatan pasif kepada anda 
2. Untuk renew insurans dan roadtax  kenderaan anda. (kereta ke lori ker)
3. Simpanan anda
4. Meningkatkan simpanan ASB anda sehingga maksimum
5. Sumber kewangan di saat anda terdesak
6. Menambahkan stok simpanan emas anda

Setiap teknik di atas mempunyai pendekatan berbeza.

Percaya tak dengan sekeping jongkong emas 20g, anda boleh membayar insuran dan roadtax untuk kereta anda bukan setahun, malah setiap tahun....

Percaya tak dengan modal permulaan sebanyak 100gram, simpanan emas anda boleh menjadi 300gram...Malah lebih lagi...

Kita akan bincangkan teknik-teknik manipulasi emas lagi di masa-masa akan datang. Insya Allah.

Tun Dr. Mahathir Galak Rakyat Simpan Emas

Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.
"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.
Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.
MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.
Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).
Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.
credit to : utusan malaysia

Wednesday, December 15, 2010

Rantai Tangan 999 Pada Harga Murah!!!!

Assalamualaikum & Selamat Malam

Hari ini ada promosi sikit...hehehhe

3 utas rantai tangan 999 untuk dijual  pada harga DI BAWAH HARGA PASARAN DAN TANPA KOS UPAH!!!! Semua seberat antara 19-20 gram dan harga boleh dirunding!!!!!






CEPAT HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT LANJUT 
DAN MEMBELI RANTAI TANGAN INI!!!
BARU LAGI!!! BUKAN BARANG TERPAKAI!!!
TUNGGU APA LAGI!!!!
CEPAT SEBELUM STOK HABIS!!!!
NANTIKAN KEMUNCULAN PRODUK
BARANG KEMAS TERBARU
HARGA DIJAMIN LEBIH MURAH 
DARI HARGA PASARAN

SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU PESANAN
SILA HUBUNGI SAYA

Monday, December 13, 2010

Gold to eventually rise above $2000

Jim Rogers: Gold to eventually rise above $2000

Published on: December 10 2010 12:20 GMT

NEW YORK (Commodity Online): Legendary commodities investor and global investment expert Jim Rogers says people should continue to invest in commodities whether economies in the world go worse or better. Rogers said that eventually gold-the hottest commodity-would rise above $2,000 an ounce.

Speaking at the Reuters 2011 Investment Outlook Summit this week, billionaire investor Jim Rogers, who is chairman of Rogers Holdings, said that owning commodities is the best investing bet whether global economy gets better or worse because of shortages developing and the central bank printing more money.

Rogers said: "Throughout history we've had long periods when the financial centers were in charge. But we've also had long periods when people who produced real goods were in charge - the farmers and the miners. The way you build an economy, a thriving economy is you save and invest."

He said: "Whenever people have printed money, it has led to good things for silver, for rice, for natural gas, for real assets."

Rogers, who predicted the global bull market in commodities, pointed out that trading in real, tangible goods-commodities-remains the way for investing for the future.

Rogers covered a wide variety of topics during the Summit that included the rising debt of developed nations, currency debasement, investment in gold and land, commodity futures and the economic stability of major nations.

The commodities investment legend said that China is the most promising nations in the world, given its heavy emphasis on saving and infrastructure investment, its massive production base and its relatively stable currency.

Reuters reported that Rogers did agree with the assessment that China's coastal regions are in the middle of a property bubble, but believed that it would be less harmful than the United States' credit bubble.

Rogers pointed out that politicians are afraid to bite the fiscal bullet and will opt to debase their country's currency. He called the Chinese renminbi the world's safest currency and again said gold would eventually rise above $2,000 an ounce.

Comex gold futures prices were trading modestly higher in late dealings on Thursday. The market steadied and saw some bargain-hunting buying interest after two days of selling pressure that did produce some near-term technical damage. A firmer US dollar did somewhat limit buying interest in gold. February Comex gold last traded up $6.80 at $1,390.20 an ounce. Spot gold last traded up $7.90 at $1,389.50.


Source: http://www.commodityonline.com/news/Jim-Rogers-Gold-to-eventually-rise-above-$2000-34404-3-1.html

Sunday, December 12, 2010

Jom Kita Tengok Harga Emas (KITCO)

Assalamualaikum..

Jom kita tengok graf kenaikan emas
 1) Selama 1 Tahun (11/12/2009 - 10/12/2010)

Graf Kenaikan Emas Setahun Dari 11/12/2009 - 10/12/2010

 Nilai terendah sepanjang tempoh setahun : USD1061.40/Oz
 Nilai tertinggi sepanjang tempoh setahun  : USD1423.70/Oz
 Nilai Emas ketika ini (12/12/2010)                   : USD1385.80/Oz 

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, potensi untuk harga emas mencecah USD 1500/Oz adalah sangat tinggi. Dengan beberapa negara yang terpaksa menerima "Bail-Out" dati IMF, serta keadaan ekonomi semasa yang agak lembap serta kejatuhan nilai dollar dan euro yang mendadak, emas mungkin akan mencecah lebih dari USD 1500/Oz dalam beberapa bulan mendatang ini.

Malah jangan terkejut sekiranya dalam setahun atau dua tahun lagi, kita ke kedai emas dan terkejut. Ini kerana ketika itu, harga emas mungkin mencecah RM270-RM300/gram ketika itu.

Pilihan Di Tangan Anda
Buatlah Keputusan Terbaik Demi Masa Depan Anda & Keluarga
Buat Yang Bujang, Simpanlah Emas Dari Sekarang
Supaya Mudah Apabila Berumahtangga Kelak

Potensi Perak (Silver)

Kenapa?

• Silver akan bullish untuk long term investment, bukan sekarang.
• Tahun ini berlaku anjakan dari $19 ke $25 adalah petanda baik. Tahun 2011 dijangka akan berada sehingga $30.
• Silver dijangka boleh capai sehingga $100 disebabkan permintaan industri dan wujudnya panic buyer.

Jeffrey Christian:
• Kemampuan untuk capai $30 tahun 2011 memang ada. Ini disebabkan investor takut dengan ketidakstabilan sistem kewangan dan politik yang amat tidak menentu akhir2 ini.
• Akibat dari itu, ramai investor telah berubah arah pelaburannya ke gold dan silver.
• Tidak setuju silver akan terjadi bullish.

David Franklin (Sprott Asset Management):
• Silver boleh mencecah sehingga $ 50
• Bullish akan berlaku pada silver. Keyakinan ini disebabkan oleh pembeli silver coin yang semakin bertambah di US.
• Demand dari perindustrian saban tahun semakin tinggi.

Jon Nadler (Kitco):
• Harga silver bergantung kepada perindustrian.
• Perubahan harga tidak terlalu ketara.

Greg Mc Coach (Mining Speculator):
• Silver memiliki masa depan yang cerah disebabkan ketidakstabilan sistem kewangan dan ekonomi US, termasuk kebimbangan rakyat US terhadap bertambahnya hutang kerajaan US.
• Silver dijangka akan menuju ke $30 pada 6 bulan akan datang.

Sumber: Wan Mohd Wazir bin Wan Abdul Wahab
-Saya memerhatikan harga Silver meningkat tinggi dalam beberapa minggu sahaja. Saya pernah mendapat keuntungan RM 600, Saya beli 1 Kg Silver ketika harganya 3000 dan menjualnya ketika harganya 3600.
-Mengenai harganya sentiasa naik seperti emas sebagai contoh:harga pada bulan October 2005; cuma sekitar USD7/Oz manakala pada bulan Oktober 2010; harga nya dah menjadi USD24.50/Oz! Kenaikan sebanyak +-212%!!!
-Perak juga seiring dengan emas cuma harganya adalah jauh lebih murah.Tapi tak mustahil jika harga emas 10 tahun akan datang boleh jadi sama dengan harga EMAS pada hari ini.
-Kalau anda beli harga sekarang. Masa akan mendatang harga meningkat, anda boleh jual semula kepada syarikat. Saya boleh bantu anda untuk beli dan jual silver ini.
-Dinar dan Dirham mata wang sunnah. Dinar kaitannya dengan emas, dirham pula kaitannya dengan silver.Oleh itu simpan emas simpanlah juga perak. Tentu ada hikmahnya.




Untuk itu, sesiapa yang ingin membeli bukan sahaja 
Jongkong Emas, Barang Kemas, Dinar dan Silver, 
Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut 
dan saya boleh membantu anda mendapatkannya.


Pelaburan Emas : Dato’ Saleh Majid

Assalamualaikum...


Hari ini jom kita lihat sikit sejarah emas dalam ekonomi dunia dan sebagai pelaburan seperti kata Dato' Salleh Majid.


Dato' Salleh Majid 


Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Public Gold dan beberapa syarikat lain serta perkhidmatan ar-rahnu yang mempunyai cawangan di seluruh negara.


Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. 


Pertama penyusutan nilai dolar Amerika


Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. 
Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum 
Menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Credit to : Jutawan Emas & syeikhulmaqari

Saturday, December 11, 2010

Simpan Kat Maner???

Entri kali ini adalah kesinambungan dari beberapa persoalan dari beberapa insan-insan yang berminat untuk menyimpan emas. Persoalannya :
" Kat mana saya nak simpan emas saya???"
"Takut la nak simpan kat rumah.."
"Ada tempat x yang boleh saya simpan?"

Ok di bawah ini adalah beberapa pilihan yang tuan/puan ada :
1. Simpanlah di Ar-Rahnu
2. Simpan di Safe Deposit Box Services
3. Beli sendiri safe deposit box  untuk digunakan di rumah

Ok jom kita tengok satu persatu pilihan yang ada.

Simpan Di Ar-Rahnu
Ketika ini terdapat beberapa bank yang menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) iaitu Bank Rakyat dan AgroBank. Terdapat beberapa organisasi lain seperti Yapeim, KPMNJ dan Kotani bergantung kepada lokasi anda. Sistem ini berfungsi dengan kita menyerahkan emas kita kepada pihak bank sebagai cagaran dan kita akan mendapat 50-70% dari nilai marhun (nilai emas semasa kita).
Upah simpan sebulan bergantung kepada pihak yang menyediakan tetapi biasanya bergantung kepada nilai marhun, nilai pinjaman dan pihak bank itu sendiri. Kebiasaannya adalah antara RM 0.60- RM 0.75 sebulan bagi setiap RM100. Rendah bukan kadar upah simpan emas kita. Ini adalah salah satu teknik manipulasi emas. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut, sila hubungi saya.



Simpan Di Safe Deposit Box Services
Ketika ini, beberapa pihak dan bank menawarkan khidmat peti simpanan selamat. Antaranya RHB Bank, HSBC, OCBC, Malaysia Royal Safe Deposit Boxes & pelbagai lagi. Kadar yang dikenakan berbeza-beza bergantung kepada saiz peti yang anda akan pilih. Oleh yang demikian, tuan/puan boleh memilih mana-mana pihak penyedia perkhidmatan yang bersesuaian dengan kos anda.

Beli sendiri safe deposit box  untuk digunakan di rumah
Pilihan ini merupakan pilihan yang saya kurang cadangkan kepada tuan/puan. Walaupun mungkin kos yang lebih rendah, dan anda boleh melihat emas setiap jam dan minit, tetapi, jangan gadaikan keselamatan diri anda dan keluarga.

Pada pandangan saya, pilihan yang pertama dan kedua merupakan pilihan yang terbaik kerana :
    1. Emas anda akan dilindungi insurans mengikut premium yang anda bayar
    2. Keselamatan yang lebih terjamin
    3. Kemudahan untuk akses seperti parking dan sebagainya.

Kesimpulannya, anda bebas memilih mana-mana satu pilihan di atas, tetapi jangan menggadaikan keselamatan diri dan keluarga anda dek kerana emas.

Seminar Emas

Alhamdulillah, hari ini kami memperolehi ilmu baru lagi berkaitan emas. Seawal jam 8.15pagi kami bertolak ke Kota Damansara untuk menghadiri seminar di sana.
Kami sampai di sana pada jam 10.50pagi dan ketika itu, seminar baru bermula. Alhamdulillah, sesi pertama adalah satu sesi muhasabah diri diikuti sesi simpanan emas dan manipulasi emas sebagai passive income dan sesi terakhir adalah demonstrasi pengujian emas menggunakan peralatan yang dibekalkan.

Alhamdulillah, terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi hasil dari seminar ini dan Insya Allah kita akan berkongsi lagi ilmu-ilmu berkaitan emas ini demi kesejahteraan kita bersama.

Jangan Kerana Wang Kertas Tebal
Anda Ingat Anda Sudah Selesa
Tukarkannya Dengan Emas
Agar Anda Sentiasa Boleh Tersenyum

Stock Collection Date For Dis 2010

Assalamualaikum..

Perhatian kepada semua dealer Public Gold, di bawah ini adalah jadual untuk mengambil stok. Sila hubungi branch berkenaan terlebih dahulu untuk mengesahkan stok anda.

Tuesday, December 7, 2010

Berbaloikah Pinjaman Untuk Beli Emas

Beberapa hari yang lalu, beberapa orang telah mengemukakan persoalan seperti di bawah ini kepada saya.

“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.
Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?


Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya

Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.


Ini adalah perumpamaan yang perlu kita pegang. Mudah kan?

Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri.
“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie?

 Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”

Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.


Kalu kita lihat situasi semasa di mana kita lihat ketika ini bank-bank berlumba-lumba untuk menawarkan pinjaman peribadi dengan kadar yang rendah dengan nilai pinjaman maksimum adalah RM 200K dan sehingga 20 tahun..

Jom kita lihat satu situasi :

Pada Mei 2010, jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM25,000 selama 10 tahun dengan kadar interest 5.0%,  maka jumlah pinjaman anda adalah RM37,500.00 (termasuk interest) dan anda perlu bayar RM312.50 sebulan bermula Jun 2010 sampai April 2020.

Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 10 tahun ialah RM37,500.00
Bank akan dapat untung sebanyak RM12,500.00 selepas 10 tahun.

Dengan pinjaman RM 25,000.00, anda akan menerima RM 23,XXX.XX setelah ditolak kos urusan, takaful dan installment untuk 3bulan.

Ketika ini, Public Gold membuat tawaran di mana dengan pembelian RM20,000.00 ke atas, anda akan menjadi dealer dan layak mendapat komisyen 1.5% dari setiap pembelian anda. Mulai 1 Januari 2011, kos untuk menjadi dealer adalah RM100K ke atas.

Katakan dengan cash di tangan anda hasil pinjaman anda (RM 23,500.00), anda membeli 7 keping 20g(999.9)  pada harga RM3,243.00 sekeping, anda baru menggunakan  RM 22,701.00 + RM 70.00(kos penghantaran), anda baru menggunakan RM 22,771.00. Anda masih mempunyai baki RM 729.00, anda beli pula 1 Dinar pada harga RM 670.00. Baki tunai di tangan anda adalah RM 59.00

Sekarang anda telah bergelar dealer Public Gold. Jadi, pembelian pertama anda akan mendapat diskaun 1.5%. Selepas ini, setiap pembelian anda, anda akan memperolehi komisyen 1.5% dari pembelian anda.

Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2020, nilai emas anda telah meningkat. Ini kerana purata kenaikan harga emas bagi setahun adalah pada kadar 25%-30% setahun. Jadi, kita dah boleh kira keuntungan kita.

Nilai emas kita semakin bertambah, tetapi jumlah ansuran bulanan kita semakin mengecil kerana gaji kita akan bertambah setiap tahun (Insya Allah) dan walaupun pada masa tu nilai duit da berkurang, kita tetap bayar  pada amaun yang sama.

Kesimpulannya…

Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…

Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas
Jangan pinjam along dah ler…Disclaimer: Walaupun data yang saya gunakan disini adalah data sebenar, tapi saya tak dapat menjamin kenaikan harga emas pada masa hadapan. Ini adalah panduan semata-mata. Kalau anda nak buat loan, terpulanglah pada anda. Saya cuma berkongsi ilmu 

Untung ke Menyimpan Emas Untuk Menunaikan Ibadah Haji

Jom kita lihat, analisis perbandingan kos menunaikan haji dengan menyimpan emas.

Pada tahun 2010, kos untuk menunaikan haji adalah RM 9,980.00 seperti dimaklumkan oleh tabung haji. (Credit to : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3537:16-mei-kos-tunai-haji-naik-kepada-rm9980&catid=337:2009-04&Itemid=27)

Oleh yang demikian, sekiranya kita membeli Jongkong Emas 20gram sebanyak 3 keping pada harga
RM 3238.00 sekeping, kita akan membayar sebanyak RM 9,774.00 (termasuk kos penghantaran). Sekiranya kita mengandaikan kita ingin menunaikan haji pada 2015, kadar kenaikan minima harga emas setiap tahun adalah 25%.
Jadi, 25% X 5tahun, kenaikan harga emas kita adalah 125%.

Jadi, dengan itu, kenaikan simpanan emas kita untuk menunaikan ibadah haji kita adalah
RM 9,714.00 X 125% = RM 12,142.50.

Jadi jumlah simpanan emas kita untuk menunaikan haji adalah :
RM 9,714.00 + RM 12,142.50 = RM 21,856.50


Sekiranya kos untuk menunaikan haji meningkat lagi, simpanan emas kita masih cukup untuk menampung kenaikan kos menunaikan ibadah haji, bahkan juga boleh menampung perbelanjaan kita sepanjang di sana. (Insya Allah). Ini kerana sekiranya kita pergi secara muassasah, sarapan tidak disediakan. Selainitu, seandainya ditakdirkan kita menghadapi masalh kesihatan di sana, upah perlu dibayar untuk membantu kita melaksanakan ibadah haji kita. tawaf & Sai'e dengan menaiki kerusi roda, upahnya adalah 350 riyal pada tahun ini bagi setiap kali perkhidmatan. Jadi nilai-nilaikan dan fikir-fikirkanlah.

Semoga kita semua berkesempatan melaksanakan Rukun Islam yang kelima ini sebelum akhir hayat kita. Insya Allah. Amin

Persiapan Awal Adalah Perlu, Untuk Beribadah, 
Keperluan Diri Juga Perlu Diutamakan Selari Dengan Tuntutan Islam Kerana Kita Mungkin 
Tidak Berkesempatan Ke Mekah Beberapa Kali. 
Mungkin Jua Itu Adalah Yang Pertama Dan Yang Terakhir.

Monday, December 6, 2010

Poster Emasku!!!

Alhamdulillah, setelah dekat 2 minggu berhempas pulas dan tak cukup tidur, akhirnya siaplah poster emas kami. Sebarang komen dan cadangan dari pengunjung sekalian adalah diharapkan.
Terima Kasih.





 Meh baca ramai-ramai supaya kita tak ketinggalan.. Bangsa lain da makin maju, kita takkan nak duduk di takuk lama.. Jom keluar dari "Cormfort Zone" kita.