Saturday, December 11, 2010

Simpan Kat Maner???

Entri kali ini adalah kesinambungan dari beberapa persoalan dari beberapa insan-insan yang berminat untuk menyimpan emas. Persoalannya :
" Kat mana saya nak simpan emas saya???"
"Takut la nak simpan kat rumah.."
"Ada tempat x yang boleh saya simpan?"

Ok di bawah ini adalah beberapa pilihan yang tuan/puan ada :
1. Simpanlah di Ar-Rahnu
2. Simpan di Safe Deposit Box Services
3. Beli sendiri safe deposit box  untuk digunakan di rumah

Ok jom kita tengok satu persatu pilihan yang ada.

Simpan Di Ar-Rahnu
Ketika ini terdapat beberapa bank yang menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) iaitu Bank Rakyat dan AgroBank. Terdapat beberapa organisasi lain seperti Yapeim, KPMNJ dan Kotani bergantung kepada lokasi anda. Sistem ini berfungsi dengan kita menyerahkan emas kita kepada pihak bank sebagai cagaran dan kita akan mendapat 50-70% dari nilai marhun (nilai emas semasa kita).
Upah simpan sebulan bergantung kepada pihak yang menyediakan tetapi biasanya bergantung kepada nilai marhun, nilai pinjaman dan pihak bank itu sendiri. Kebiasaannya adalah antara RM 0.60- RM 0.75 sebulan bagi setiap RM100. Rendah bukan kadar upah simpan emas kita. Ini adalah salah satu teknik manipulasi emas. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut, sila hubungi saya.



Simpan Di Safe Deposit Box Services
Ketika ini, beberapa pihak dan bank menawarkan khidmat peti simpanan selamat. Antaranya RHB Bank, HSBC, OCBC, Malaysia Royal Safe Deposit Boxes & pelbagai lagi. Kadar yang dikenakan berbeza-beza bergantung kepada saiz peti yang anda akan pilih. Oleh yang demikian, tuan/puan boleh memilih mana-mana pihak penyedia perkhidmatan yang bersesuaian dengan kos anda.

Beli sendiri safe deposit box  untuk digunakan di rumah
Pilihan ini merupakan pilihan yang saya kurang cadangkan kepada tuan/puan. Walaupun mungkin kos yang lebih rendah, dan anda boleh melihat emas setiap jam dan minit, tetapi, jangan gadaikan keselamatan diri anda dan keluarga.

Pada pandangan saya, pilihan yang pertama dan kedua merupakan pilihan yang terbaik kerana :
    1. Emas anda akan dilindungi insurans mengikut premium yang anda bayar
    2. Keselamatan yang lebih terjamin
    3. Kemudahan untuk akses seperti parking dan sebagainya.

Kesimpulannya, anda bebas memilih mana-mana satu pilihan di atas, tetapi jangan menggadaikan keselamatan diri dan keluarga anda dek kerana emas.

No comments:

Post a Comment