Tuesday, December 7, 2010

Untung ke Menyimpan Emas Untuk Menunaikan Ibadah Haji

Jom kita lihat, analisis perbandingan kos menunaikan haji dengan menyimpan emas.

Pada tahun 2010, kos untuk menunaikan haji adalah RM 9,980.00 seperti dimaklumkan oleh tabung haji. (Credit to : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3537:16-mei-kos-tunai-haji-naik-kepada-rm9980&catid=337:2009-04&Itemid=27)

Oleh yang demikian, sekiranya kita membeli Jongkong Emas 20gram sebanyak 3 keping pada harga
RM 3238.00 sekeping, kita akan membayar sebanyak RM 9,774.00 (termasuk kos penghantaran). Sekiranya kita mengandaikan kita ingin menunaikan haji pada 2015, kadar kenaikan minima harga emas setiap tahun adalah 25%.
Jadi, 25% X 5tahun, kenaikan harga emas kita adalah 125%.

Jadi, dengan itu, kenaikan simpanan emas kita untuk menunaikan ibadah haji kita adalah
RM 9,714.00 X 125% = RM 12,142.50.

Jadi jumlah simpanan emas kita untuk menunaikan haji adalah :
RM 9,714.00 + RM 12,142.50 = RM 21,856.50


Sekiranya kos untuk menunaikan haji meningkat lagi, simpanan emas kita masih cukup untuk menampung kenaikan kos menunaikan ibadah haji, bahkan juga boleh menampung perbelanjaan kita sepanjang di sana. (Insya Allah). Ini kerana sekiranya kita pergi secara muassasah, sarapan tidak disediakan. Selainitu, seandainya ditakdirkan kita menghadapi masalh kesihatan di sana, upah perlu dibayar untuk membantu kita melaksanakan ibadah haji kita. tawaf & Sai'e dengan menaiki kerusi roda, upahnya adalah 350 riyal pada tahun ini bagi setiap kali perkhidmatan. Jadi nilai-nilaikan dan fikir-fikirkanlah.

Semoga kita semua berkesempatan melaksanakan Rukun Islam yang kelima ini sebelum akhir hayat kita. Insya Allah. Amin

Persiapan Awal Adalah Perlu, Untuk Beribadah, 
Keperluan Diri Juga Perlu Diutamakan Selari Dengan Tuntutan Islam Kerana Kita Mungkin 
Tidak Berkesempatan Ke Mekah Beberapa Kali. 
Mungkin Jua Itu Adalah Yang Pertama Dan Yang Terakhir.

No comments:

Post a Comment