Tuesday, December 7, 2010

Berbaloikah Pinjaman Untuk Beli Emas

Beberapa hari yang lalu, beberapa orang telah mengemukakan persoalan seperti di bawah ini kepada saya.

“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.
Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?


Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya

Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.


Ini adalah perumpamaan yang perlu kita pegang. Mudah kan?

Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri.
“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie?

 Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”

Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.


Kalu kita lihat situasi semasa di mana kita lihat ketika ini bank-bank berlumba-lumba untuk menawarkan pinjaman peribadi dengan kadar yang rendah dengan nilai pinjaman maksimum adalah RM 200K dan sehingga 20 tahun..

Jom kita lihat satu situasi :

Pada Mei 2010, jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM25,000 selama 10 tahun dengan kadar interest 5.0%,  maka jumlah pinjaman anda adalah RM37,500.00 (termasuk interest) dan anda perlu bayar RM312.50 sebulan bermula Jun 2010 sampai April 2020.

Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 10 tahun ialah RM37,500.00
Bank akan dapat untung sebanyak RM12,500.00 selepas 10 tahun.

Dengan pinjaman RM 25,000.00, anda akan menerima RM 23,XXX.XX setelah ditolak kos urusan, takaful dan installment untuk 3bulan.

Ketika ini, Public Gold membuat tawaran di mana dengan pembelian RM20,000.00 ke atas, anda akan menjadi dealer dan layak mendapat komisyen 1.5% dari setiap pembelian anda. Mulai 1 Januari 2011, kos untuk menjadi dealer adalah RM100K ke atas.

Katakan dengan cash di tangan anda hasil pinjaman anda (RM 23,500.00), anda membeli 7 keping 20g(999.9)  pada harga RM3,243.00 sekeping, anda baru menggunakan  RM 22,701.00 + RM 70.00(kos penghantaran), anda baru menggunakan RM 22,771.00. Anda masih mempunyai baki RM 729.00, anda beli pula 1 Dinar pada harga RM 670.00. Baki tunai di tangan anda adalah RM 59.00

Sekarang anda telah bergelar dealer Public Gold. Jadi, pembelian pertama anda akan mendapat diskaun 1.5%. Selepas ini, setiap pembelian anda, anda akan memperolehi komisyen 1.5% dari pembelian anda.

Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2020, nilai emas anda telah meningkat. Ini kerana purata kenaikan harga emas bagi setahun adalah pada kadar 25%-30% setahun. Jadi, kita dah boleh kira keuntungan kita.

Nilai emas kita semakin bertambah, tetapi jumlah ansuran bulanan kita semakin mengecil kerana gaji kita akan bertambah setiap tahun (Insya Allah) dan walaupun pada masa tu nilai duit da berkurang, kita tetap bayar  pada amaun yang sama.

Kesimpulannya…

Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…

Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas
Jangan pinjam along dah ler…Disclaimer: Walaupun data yang saya gunakan disini adalah data sebenar, tapi saya tak dapat menjamin kenaikan harga emas pada masa hadapan. Ini adalah panduan semata-mata. Kalau anda nak buat loan, terpulanglah pada anda. Saya cuma berkongsi ilmu 

No comments:

Post a Comment